PULAU PINANG 17 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus dipersoalkan kerana gagal menunaikan janji untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang walaupun telah 100 hari mentadbir negara. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesham Ismail berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan seolah-olah PH mempermainkan perasaan pengundi yang telah menyokong mereka. Katanya, janji berkenaan wajar ditunaikan memandangkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng begitu bersungguh-sungguh membuat tawaran demikian ketika kempen Pilihan…










