JAKARTA, Indonesia – Tampil tanpa sebarang harapan di pentas Sukan Asia 2018, S. Prem Kumar melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam penampilan pertamanya pada edisi ke-18 tersebut. PREM menunjukkan pingat gangsa setelah menewaskan atlet Hong Kong dalam aksi repecharge kelas 60kg acara karate di Jakarta semalam. Prem pada mulanya tidak menyertai temasya sukan empat tahun sekali tersebut apabila kategori bawah 55 kilogram (kg) tidak dipertandingkan. Namun, dia…










