KAMPAR 14 Ogos – Sebuah tapak pembinaan kondominium 14 tingkat di Taman Bandar Baru Kampar di sini diarah tutup dan menghentikan operasi serta-merta kerana didapati menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit. Notis penutupan selama 14 hari sehingga 28 Ogos ini dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kampar setelah menemukan empat tempat pembiakan dalam operasi bersepadu yang diketuai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Ketua Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan negeri, Ahmad Fakurazi Abu Bakar berkata, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 8(3) (aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Katanya, menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya