MEKAH 17 Ogos – Jika selama ini jemaah Malaysia dikenali sebagai yang paling tertib dan berdisiplin, langkah terkini Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menganjurkan Kempen Kebersihan Perdana Masyair akan meletakkan mereka sebagai yang paling bersih bermula musim haji ini. Kempen itu yang pertama kali diadakan akan meletakkan satu lagi tanda aras baharu bagi jemaah Malaysia untuk dicontohi negara lain. Selain itu, dengan segala keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi…