SAYA tertarik dengan tulisan Saudara Rozaman Ismail dalam ruangan Kopi Panas bertajuk Sampai bila hak OKU mahu dicabuli? yang disiarkan pada Sabtu baru-baru ini. Sememangnya golongan OKU di negara ini kurang mendapat perhatian sewajarnya. Program-program terancang yang dianjurkan pelbagai pihak sama ada kerajaan mahu pun swasta atau NGO seringkali memberi perhatian kepada OKU yang cacat fizikal sahaja. Tidak banyak program yang dirancang untuk OKU yang cacat akal seperti autism,…










