ALOR SETAR 2 Ogos – Bekas Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang tunai berjumlah RM4,500 daripada seorang penyeludup minyak ke negara jiran, empat tahun lalu. Tertuduh, Shahidan Ladin, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan pertama, Shahidan ketika menjadi Komander UPP, Polis…










