ALOR SETAR – Seorang bekas komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam berpangkat Asisten Superintendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM4,500 yang didakwa dilakukannya empat tahun lalu. Tertuduh, Shahidan Ladin, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan pertama, Shahidan didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada Saleh @ Md. Zamri Md.…










