ALOR SETAR – Seorang bayi perempuan 10 bulan mengalami lebam pada pipi dipercayai didera pengasuh yang dikenali menerusi aplikasi WeChat pada hari pertama dijaga di sebuah rumah di Kuala Kedah. Ibu bayi itu yang berusia 31 tahun dan juga seorang peniaga berkata, dia menghantar anak bongsu daripada dua beradik itu ke rumah pengasuh berkenaan pada pukul 11 pagi, Sabtu lalu sebelum pergi bekerja dan menjemput semula anaknya itu pada pukul…










