JOHOR BAHRU 3 Ogos – Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan disyaki menjadi mangsa dera pengasuhnya dalam kejadian di Indahpura, Kulai baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu disedari oleh ibu kanak-kanak berusia 31 tahun itu. “Pukul 1.30 petang semalam, pengadu (ibu mangsa) sudah menonton satu rakaman video yang tular dalam laman sosial Facebook memaparkan seorang bayi lelaki dipukul oleh seorang…










