MUNICH 6 Ogos- Jaringan tunggal Javi Martinez pada babak kedua sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Bayern Munich untuk mengatasi Manchester United 1-0 di Arena Allianz, awal pagi tadi sekali gus menutup kempen pramusim buat kedua-dua pasukan menjelang musim baharu. Pemain kebangsaan Sepanyol, Martinez menanduk masuk gol yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-59 yang membenarkan juara Jerman itu memanfaat sepenuhnya aksi longlai skuad kendalian Jose Mourinho. United akan…










