Bautista lebih layak untuk SIC Racing Team - Utusan Malaysia

Bautista lebih layak untuk SIC Racing Team

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pelumba Movistar Yamaha, Va­lentino Rossi berpendapat bahawa pelumba berpengalaman Mo­­toGP, Alvaro Bautista merupakan pilihan yang lebih selamat untuk Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Racing Team yang akan menyertai perlumbaan MotoGP musim pertamanya tahun depan.

Jaguh Itali tersebut me-lontarkan idea tersebut setelah menilai pengalaman Bautista dalam arena MotoGP yang disifatkan mampu membantu pasukan SIC mencatat keputusan lebih baik berbanding memilih pelumba Moto2, Fabio Quartararo sebagai per­­taruhan utama mereka.

Menurutnya, prestasi cemerlang Quartararo pada Moto2 tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ke­dua-dua kategori tersebut agak berbeza dari segi cabaran dan suasananya.

“Mereka memiliki dua pilihan iaitu Quartararo yang pantas dan berbakat, namun tidak berpengalaman serta Bautista yang sememangnya memiliki banyak pengalaman pada saingan MotoGP.

“Justeru, Bautista me-rupakan jalan selamat, manakala Quartararo pula satu pertaruhan. Namun, saya tak boleh membuat keputusan kerana ia hak pasukan untuk memilih siapa calon sesuai berdasarkan pemerhatian mereka.

“Quartararo memiliki kepantasan di sesetengah litar tetapi dia masih lagi bergelut di litar yang lain. Sebenarnya, saya sendiri tidak boleh beri jawapan tepat mengenai siapa patut pilih,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN