SHAH ALAM – Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak pada tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian masih belum berbincang mengenai status baucer itu yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu. “Kita (kementerian) belum buat apa-apa perbincangan mengenai perkara ini, ia semua akan bergantung kepada bajet dan sebarang pengumuman berhubung baucer tersebut akan dibuat…









