Basikal trek sah dipertandingkan pada Sukma - Utusan Malaysia

Basikal trek sah dipertandingkan pada Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Ogos – Acara basikal trek sah akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 bulan depan selepas Velodrom Rakyat di sini memperoleh sijil homologation daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, sijil homologation itu diperoleh selepas kerja pengubahsuaian di Velodrom Rakyat.

Menurutnya, penyenaraian semula acara basikal trek pada Sukma telahpun dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri dan menyambut baik pengiktirafan UCI tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini belum sempat di bawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri tetapi exco sudah membincangkannya secara mendalam dan bersetuju untuk acara basikal trek di pertandingkan pada Sukma,” katanya dalam sidang akhbar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada 5 Jun lalu,Howard Lee mengumumkan acara basikal trek digugurkan pada Sukma Perak 2018 ekoran permukaan trek di Velodrom Rakyat di sini tidak selamat untuk atlet. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini