MELAKA 28 Ogos – Kerajaan negeri bercadang untuk melakukan beberapa perkara untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat di negeri ini berhubung kewujudan bas percuma yang dilancarkan baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata, antara langkah yang akan diambil bertujuan mempromosikan bas berkenaan termasuklah menyediakan papan tanda arah di Melaka Sentral serta kempen menaiki bas percuma. “Setakat ini, seramai 450 penumpang telah menggunakan…










