MUAR 14 Ogos – Sebuah Bas Harapan Johor terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Salleh berhampiran Kampung Temiang, di sini pada pukul 8.45 pagi tadi. Kemalangan itu mengakibatkan pemandunya, Nordin Kosnon, 53, maut ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Sementara itu, 12 penumpang bas berkenaan dipercayai cedera ringan dan menerima rawatan di hospital sama, manakala pemandu lori dan kelindannya turut dirawat akibat kecederaan…










