Bapa maut kemalangan dalam perjalanan beli lampin bayinya - Utusan Malaysia

Bapa maut kemalangan dalam perjalanan beli lampin bayinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK 9 Ogos – Suasana di lokasi kemalangan di Padang Toi, Jalan Baharu Felda Teloi Timur dekat sini malam tadi hiba apabila bersebelahan sekujur tubuh yang kaku adalah lampin bayi yang bertaburan.

NIRAZMAN SAID
NIRAZMAN SAID

Difahamkan mangsa Nirazman Said, 36, dari Perumahan KEDA, Kampung Bendang Man di sini dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli lampin pakai buang itu untuk anak bongsunya sebelum motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori muatan biskut di lokasi berkenaan yang terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

Kejadian pada pukul 10.15 malam itu, Nirazman maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Rs150 bersendirian dalam perjalanan dari arah Felda Teloi Timur ke Batu Lima, Sik.

“Sebelum perlanggaran tersebut, dipercayai lori jenis Toyota Dyna Hiace yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dari Gulau hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbalik.

“Pada masa yang sama, mangsa tiba di tempat kejadian dan tidak dapat mengelakkannya lalu merempuh bahagian bawah lori berkenaan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu lori hanya mengalami cedera ringan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” kata Abdull Razak.

Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×