KOCHI 17 Ogos – Pasukan keselamatan menggunakan khidmat helikopter dan bot untuk memindahkan beratus-ratus penduduk yang terperangkap atas bumbung rumah mereka ketika banjir besar melanda Kerala. Al-Jazeera melaporkan, jumlah korban kini meningkat kepada 324 orang dan angka tersebut dijangka bertambah dalam tempoh terdekat. Hujan lebat yang melanda Kerala sejak lapan hari lalu menyebabkan tanah runtuh sehingga mengakibatkan banyak kediaman dan infrastruktur musnah. Selain itu, keadaan bencana tersebut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan…