BACHOK 20 Ogos – Pengunjung Pantai Irama, di sini meminta Majlis Daerah Bachok (MDB) membangunkan semula sebuah kolam terbiar berhampiran pantai itu untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan ke daerah itu. Seorang pengunjung, Razali Md. Nor, 49, berkata adalah satu kerugian apabila MDB terlepas pandang untuk mengindahkan produk semulajadi pelancongan itu. Menurutnya, keadaan semak, rumput yang panjang selain sampah-sarap yang tidak diuruskan dalam tempoh yang lama di kolam terbabit…