BANGKOK mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi tuan rumah Sukan Asia buat kali ketiga, iaitu penganjuran terbanyak bagi mana-mana negara. Selepas menggantikan Korea Selatan pada 1970, Bangkok sekali lagi menawar diri lapan tahun kemudian ekoran penarikan diri Islamabad akibat krisis kewangan yang teruk. Persekutuan Sukan Asia (AGF) enggan memberi hak penganjuran kepada Taiwan dan Israel ekoran masalah politik. Bangkok sebelum itu turut menjadi tuan rumah edisi kelima temasya pada 1966. Pada…










