KUALA LUMPUR 29 Ogos – Balu serta empat anak Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter tiga tahun lalu hari ini dibenarkan untuk menjadi pencelah dalam permohonan faraid yang dikemukakan ibu bekas Ahli Parlimen Rompin itu untuk mendapatkan sijil faraid bagi pembahagian harta peninggalan yang bernilai kira-kira RM2 bilion. Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Siti Zulaiha Mohamad Mansor membenarkan permohonan Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anaknya…










