SEJAK kebelakangan ini, saya selalu mendengar orang lelaki di keliling saya, bising-bising isteri mereka sudah dapat satu ‘penyakit’ atau ketagihan baharu. Kalau ketagihan memasak, mengemas rumah atau menguruskan badan, tidak mengapalah, kata mereka. Tetapi ketagihan yang ini, kalau dibiarkan lama-kelamaan boleh ‘bungkus’ semuanya. Ketagihan yang dibisingkan itu adalah membeli-belah secara dalam talian (online). Panas juga telinga saya, apabila mereka ini asyik mengata dan mengaitkan orang perempuan dengan perangai sakan ‘bershopping’…










