PETALING JAYA 3 Ogos – Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima, 26, enggan penglibatannya menerusi program realiti Big Stage 2018 (BS 2018) dianggap sekadar pelaris semata-mata. Malah gadis yang pernah mencetuskan kontroversi tatkala menyertai pertandingan D’Academy Asia 3 (DAA 3) di Indonesia itu menjadikan platform tersebut sebagai batu loncatan dalam memahat nama sebagai seorang penyanyi disegani. “Saya yakin, pengalaman yang bakal diperoleh dalam program ini pasti ada…










