Azmin bertanding jawatan Presiden PKR? - Utusan Malaysia

Azmin bertanding jawatan Presiden PKR?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Persoalan sama ada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali akan bertanding jawatan Presiden atau tidak hanya akan diketahui pada pukul 4 petang ini apabila beliau menyerahkan borang pencalonan bagi Pemilihan Parti PKR.

Dalam satu hebahan media, penyerahan borang Azmin akan dilakukan di ibu pejabat PKR pada pukul 4 petang dan tidak dinyatakan jawatan yang akan dipertandingkan oleh Menteri Ekonomi tersebut.

Azmin dijangka sama ada akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandang ketika ini atau bertanding jawatan Presiden PKR.

Ketika ini hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar borang pencalonan bagi jawatan Presiden kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2018.

Borang pencalonan Anwar dicadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  diserahkan oleh Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin sebagai penyokong pada pukul 11.15 pagi tadi.

Sementara untuk jawatan Timbalan Presiden pula, satu borang pencalonan telah diterima setakat ini iaitu dari Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN