LONDON – Australia mencipta kejutan melangkah ke pentas separuh akhir Piala Dunia Hoki Wanita 2018 apabila menyingkirkan pemenang tempat ketiga empat tahun lalu yang juga pasukan ranking ketiga dunia, Argentina. Hockeyroos yang merupakan pasukan kelima dunia, mara dengan kemenangan 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam tempoh 60 minit aksi suku akhir di Pusat Hoki dan Tenis Lee Valley, London awal pagi semalam. Penyerang Australia,…










