Australia enggan spekulasi ektradisi Sirul Azhar - Utusan Malaysia

Australia enggan spekulasi ektradisi Sirul Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Australia enggan membuat sebarang spekulasi sama ada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman, Sirul Azhar Umar akan diekstradisi ke Malaysia ataupun tidak.

Menteri Luarnya, Julie Bishop berkata, hal ini kerana seperti telah disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia sehingga kini masih belum memohon secara rasmi ekstradisi Sirul Azhar.

“Ketika ini beliau berada dalam tahanan imigresen, seperti mana kata Dr. Mahathir baru-baru ini Malaysia belum buat sebarang permohonan ekstradisi.

“Tidak elok sekiranya saya membuat sebarang spekulasi sehingga tiba masanya Malaysia buat permohonan berdasarkan perjanjian yang termaktub antara kedua buah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.

Sirul Azhar dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN