KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan kekuatan ketenteraan negara pada masa ini berada di tempat paling corot di Asia Tenggara.
Beliau berkata, aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini agak terkebelakang berbanding beberapa negara serantau seperti Vietnam dan Indonesia.
“Kedudukan laut, udara dan sebagainya di Asia Tenggara, kita berada di tempat paling bawah.
“Vietnam jauh ke hadapan manakala Indonesia di tempat nombor satu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) mengenai masalah perolehan aset ketenteraan berikutan peruntukan terhad Kementerian Pertahanan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, keadaan itu berbeza sama sekali semasa era 70-an ketika kuasa ketenteraan Malaysia dikategorikan sebagai antara yang terkuat di rantau Asia Tenggara.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










