GARISSA 26 Ogos- “Asante! Asante! Asante!” Tiga perkataan ini sudah cukup menggambarkan kegembiraan sekumpulan kanak-kanak perempuan semasa mendapat ‘ole- ole’ pemberian pasukan sukarelawan EZ Qurban sewaktu dalam perjalanan pulang sejurus upacara penyembelihan korban di kem pelarian Daadab, Kenya di sini petang ini. Ole-ole tersebut merupakan bungkusan gula-gula. Perkataan Asante bermaksud terima kasih dalam bahasa Swahili. Kanak-kanak ini menetap di Hagarbut, sebuah penempatan yang terletak di pertengahan jalan yang menghubungkan pekan…










