MELAKA 7 Ogos – Sudah menjadi kebiasaan kepada para pelancong yang berkunjung ke negeri ini untuk mendapatkan masakan asam pedas dan antara restoran yang sering menjadi persinggahan adalah Asam Pedas Lagenda. Terletak di Jalan Lagenda 3, Taman Lagenda di sini, restoran tersebut memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati hidangan asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan seperti pari, tenggiri, kembung, jenahak selain tetel pada harga serendah RM12 bersama sepinggan nasi. Bagaimanapun,…










