KITA semua sedar kebanyakan rakyat Malaysia rata-rata sudah tidak minat lagi membaca. Golongan yang masih membeli buku dan ebook tetap ada cuma tidak ramai. Yang membeli pula tidak semua yang akan membacanya, tetapi menyimpannya dahulu untuk dibaca ‘kemudian’. Kita lebih gemar memegang telefon pintar dari bangun awal pagi untuk menunaikan solat Subuh sehinggalah ketika hendak tidur. Kita lebih ketagih pada internet. Kita lebih gemar berinteraksi dengan sahabat handai dan kenalan…










