APAKAH kehebatan Tan Sri Arshad Ayub, 90, yang menerima Anugerah Merdeka 2013 bagi kategori pendidikan? — Anugerah yang diperkenalkan sejak 2008 itu bertujuan mengiktiraf sumbangan individu dan organisasi dalam pelbagai bidang yang bermakna dan mendalam kepada rakyat serta negara ini. Penglibatan Arshad dalam pengurusan pendidikan bermula pada 1965 apabila beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional Majlis Amanah Rakyat (Kolej Mara). Dua tahun kemudian, Kolej Mara dinaikkan taraf…