KUALA LUMPUR 14 Ogos – Ratu irama soul, Aretha Franklin, 76, dilaporkan sedang tenat dan menerima rawatan di salah sebuah pusat penjagaan kesihatan di Detroit. Wartawan Roger Friedman melaporkan berita mengenai keadaan Franklin menerusi laman web Showbiz pada Ahad lalu. Friedman yang juga rakan keluarga Franklin turut menyatakan bahawa keluarga penyanyi tersebut meminta agar peminat sentiasa mendoakan kesihatannya dan memohon supaya mereka tidak diganggu buat masa ini. Beberapa minggu lalu, seorang teman rapat Franklin telah memberitahu orang ramai agar bersedia kerana penyanyi itu mungkin akan meninggalkan kita semua. Sementara itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya