KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kerajaan Arab Saudi mungkin terkilan dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP). Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, situasi itu seolah-olah menunjukkan Malaysia menolak bantuan daripada kerajaan Arab Saudi yang mempunyai hubungan amat baik dengan negara ini. “Mereka baik dengan Malaysia malah kita juga mendapat banyak layanan dan pertimbangan khas daripada Arab Saudi. “Jadi, mereka akan terkilan…









