KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kerajaan perlu menjelaskan rasional di sebalik penubuhan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) yang pada mulanya dilihat antara pembaharuan utama dilaksanakan Pakatan Harapan (PH) setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu. Penganalisis Ekonomi Politik di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Prof. Edmund Terence Gomez mempersoalkan tindakan itu memandangkan terdapat beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) dilaporkan akan diletakkan di bawah kementerian tersebut berbanding…










