Anwar tidak kemaruk jadi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Anwar tidak kemaruk jadi Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri sebaliknya ingin memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Justeru, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mahu menekan kerajaan yang baru ditubuhkan selepas memenangi Pilihanraya Umum (PRU) lalu.

Bagaimanapun, katanya, jika beliau menjadi Ahli Parlimen, perkara utama yang akan dilakukan adalah menyokong kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau saya dipilih untuk masuk Parlimen, saya akan bertindak sebagai penyokong kerajaan. Peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh terdekat namun melalui penyertaan (saya) dalam Parlimen.

“(Tetapi) Sekarang, kita bagi sokongan penuh kepada Dr. Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dekat sini semalam.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Anwar juga bercadang untuk berjumpa dengan Mahathir bagi membincangkan syor untuk melakukan reformasi terhadap institusi Parlimen.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan kuasa Kabinet menteri tidak melebihi kuasa Parlimen.

“Beri peluang kepada saya untuk masuk mereformasikan Parlimen. Parlimen perlu diberi kesempatan secara demokrasi,” katanya.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen PKR yang sanggup mengosongkan kerusi mereka untuk Anwar, beliau berkata, ‘pelawaan’ itu masih diteliti.

Beliau juga mengakui tidak berasa janggal dengan permintaan Ahli Parlimen tertentu yang mempelawanya mengambilalih kerusi mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×