Anwar jumpa Dr. Mahathir bincang pembaharuan di Parlimen - Utusan Malaysia

Anwar jumpa Dr. Mahathir bincang pembaharuan di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berbincang mengenai reformasi dan pembaharuan di Parlimen.

Menurut Facebook Anwar Ibrahim, pertemuan tersebut berlangsung selepas solat Jumaat semalam di pejabat Dr. Mahathir di Putrajaya.

Perbincangan menyentuh perlunya reformasi dan pembaharuan di Parlimen yang ternyata produktif dan positif.

Anwar turut menegaskan Parlimen perlu menjadi kuasa imbang yang baik kepada Kabinet dan Eksekutif yang turut mendapat respon baik dari Perdana Menteri.

Selain itu perbincangan juga menyentuh pelbagai perkara antaranya isu-isu politik mutakhir di dalam dan luar negara.

Pada pertemuan itu Dr. Mahathir juga sempat mengucapkan ulangtahun kelahiran kepada Anwar.-UTUSAN ONLINE
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN