KALAU nak suruh pengurusan lama bayar hutang, jangan ambil alih persatuan dan pasukan. Demikian reaksi Tan Sri Annuar Musa selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menuntut kepimpinan terdahulu tidak lepas tangan berhubung isu tunggakan hutang badan induk itu. Annuar berkata, Bibi Ramjani sepatutnya sudah tahu risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila membuat keputusan untuk merebut jawatan tersebut pada Kongres KAFA tahun lalu. Menurutnya, hutang KAFA bukan…










