KUBANG PASU 11 Ogos – Kerajaan diminta supaya menetapkan segera mengenai kedudukan koperasi di mana-mana kementerian bersesuaian bagi membolehkan pergerakan itu merencana program dengan lebih berkesan untuk faedah para ahli. Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, sehingga kini ramai pihak masih tertanya-tanya mengenai kedudukan koperasi setelah nama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ditukar namanya kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…










