SAUDARA PENGARANG, Nampaknya ancaman gejala penyalahgunaan dadah semakin parah dan tiada titik noktah. Gejala ini boleh merosakkan bukan sahaja institusi keluarga tetapi juga masyarakat dan negara. Jika tidak diatasi ia mampu melumpuhkan generasi akan datang. Setiap tahun jumlah yang terlibat dengan penagihan najis dadah semakin meningkat dan kini tidak kurang 500,000 orang menjadi hamba dadah hinggakan seolah-olah penjara di negara kita tidak mampu lagi menampung jumlah tersebut. Sebanyak 58 peratus…










