Memiliki ketinggian fizikal ideal seorang model iaitu 178 sentimeter, pesona wanita berketurunan India, Rubini Sambathan atau nama lengkapnya, Jayarubini Sambanthan a/p Muthaliyar itu mendapat markah tambahan menerusi ketajaman idea melontarkan kata-kata. Dia adalah salah seorang daripada 14 peserta program realiti popular, Asia’s Next Top Model musim keenam (AsNTM6) kali ini. Berkeyakinan tinggi, bijak dan cantik, Rubini disandarkan harapan besar oleh peminat dunia peragawaan tanah air untuk membawa nama Malaysia sekali…










