MILAN 28 Ogos – Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang berlaku kepada anak sulung Cristiano Ronaldo yang kini sudah mula berjinak-jinak dengan bola sepak pada usia lapan tahun. Cristiano Jr. yang lahir pada Jun 2010 telah mula menjalani latihan bersama akademi remaja bawah sembilan tahun Juventus, lapor media di Itali yang turut menyiarkan gambarnya beraksi. Ronaldo, 33, bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez turut hadir menyaksikan sesi latihan…










