KEGEMBIRAAN Nor Iman Shah, 34, berjaya mengeluarkan jenama pertamanya, Nur Asia yang terdiri daripada produk gincu kira-kira setahun lalu hanya bertahan beberapa bulan. Selepas itu, lelaki yang lebih dikenali sebagai Abang Don itu mula merasai kepahitan untuk menjual walaupun satu unit gincu kolagen yang dicipta khusus bukan sahaja untuk merias diri, malah merawat bibir secara berkesan. “Walaupun jenama kami mempunyai kualiti yang baik sama seperti kebanyakan produk terkenal ekoran penggunaan…










