KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 5 petang tadi berikutan orang ramai mula pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan Hari Raya Aidiladha esok. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di utara perlahan dari Seberang Jaya ke Permatang Pauh, Tapah ke Gopeng dan Slim River menuju ke Sungkai. “Di selatan, trafik perlahan dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Skudai menuju ke Senai Utara dan Kompleks Sultan Abu Bakar dari Malaysia menuju ke Singapura berikutan pertambahan jumlah kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu,…