KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 3 petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Bhd., aliran trafik perlahan dari Slim River menuju ke arah Sungkai, Bidor ke Gopeng dan Simpang Ampat ke Sungai Dua. “Kenderaan turut bergerak perlahan dari Skudai ke Kulai di Johor arah utara,” katanya ketika dihubungi Bernama…










