PUTRAJAYA – Tan Sri Ali Hamsa menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini selepas enam tahun memegang jawatan itu sejak 2012. Beliau yang digantikan oleh Datuk Seri Dr Ismail Bakar, kelihatan ceria ketika bersalaman dengan ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua perkhidmatan dan warga Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra di sini. Ali yang mengimbas kad perakam waktu buat kali terakhir di pejabatnya pada pukul 5.15 petang tadi turut bergurau senda dengan…










