KECOH baru-baru ini apabila rakaman kononnya pergaduhan beberapa individu yang didakwa ‘anggota polis’ dengan penarik kereta tular dalam media sosial. Hasil siasatan, terbukti mereka yang terlibat bukannya anggota polis sebaliknya tiga beradik termasuk seorang pegawai imigresen di Putrajaya. Walaupun tidak menyokong tindakan fizikal khususnya pergaduhan, saya percaya kejadian itu berpunca daripada sikap samseng penarik kereta yang memang sudah terkenal di seluruh negara. Bukan mahu menyebelahi pihak yang tidak membayar hutang…










