Akta khusus tangani gangguan seksual sedang diteliti - Utusan Malaysia

Akta khusus tangani gangguan seksual sedang diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti untuk mewujudkan satu akta khusus bagi menangani isu gangguan seksual.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, setakat ini, dalam merangka akta baharu itu, kementerian telah mengadakan sesi konsultasi dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) yang disertai beberapa badan bukan kerajaan pada 3 Februari lalu bagi membincangkan kandungan untuk dimasukkan ke dalam akta tersebut.

“Kementerian juga akan melakukan kajian dengan mendapatkan maklum balas masyarakat, data serta kaedah pembuktian dalam kes-kes yang terlibat seterusnya membantu dalam merangka dasar dan strategi menangani isu gangguan seksual,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) mengenai sejauh mana usaha kerajaan dalam menambah baik undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baharu mengenai kesaksamaan gender dan undang-undang gangguan seksual supaya lebih berkesan dalam melindungi wanita dan kanak-kanak.

Katanya, permohonan peruntukan untuk menjalankan kajian tersebut telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 3 Mac lepas dan masih dalam pertimbangan EPU. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN