IPOH – Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk mengkaji semula Akta Kerja 1955 untuk melindungi kepentingan semua pihak termasuk golongan pekerja dan majikan di negara ini. Menterinya, M. Kulasegaran berkata, beliau telah melihat secara menyeluruh akta tersebut dan draf penuh mengenai kajian akta itu dijangka akan siap sepenuhnya pada minggu depan. Jelasnya, berdasarkan cadangan itu, kementerian bercadang untuk memasukkan lapan perkara baharu di dalam akta tersebut agar ia dapat disesuaikan dengan…










