LONDON 17 Ogos- Juara dunia dua kali Fernando Alonso berkata hari ini bahawa ‘aksi hambar di trek’ menjadi punca keputusannya mahu meninggalkan Formula Satu. Alonso, 37, akan meninggalkan F1 pada penghujung musim ini dan mengalih arah dengan menyertai Kejuaraan Tahan Lasak Dunia (WEC). “Aksi di trek ini bukan seperti yang saya impikan ketika menyertai F1, atau apabila saya berada dalam siri perlumbaan lain atau aksi di trek yang saya alami…










