KUALA LUMPUR 15 Ogos – AirAsia Bhd. akan memulakan semula penerbangan harian ke Kuantan, Pahang bermula 28 Oktober ini, selepas kira-kira tujuh tahun menghentikan operasi laluan itu. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, laluan Kuala Lumpur-Kuantan tersebut akan menandakan kehadiran perkhidmatan AirAsia di semua lapangan terbang utama di Malaysia. Beliau berkata, AirAsia sedang berkembang dengan agresif di ASEAN malah melangkaui rantau berkenaan, jadi keputusan untuk menghubungkan semua ibu kota…










