Ahmad Zahid ingatkan Guan Eng jangan tuduh sebarangan - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid ingatkan Guan Eng jangan tuduh sebarangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak menuduh sebarangan dan bersikap seperti masih berada di barisan pembangkang.

Peringatan itu dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikutan tindakan Ahli Parlimen Bagan tersebut semalam yang menuduh wang sebanyak RM18 bilion hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hilang.

Tegas beliau, Guan Eng dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menyelesaikan masalah khususnya hal-hal yang berkaitan dengan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jalan terbaik ialah menyelesaikan bukan memainkan peranan sebagai tukang cari salah orang lain. Bersikaplah sebagai kerajaan dan tidak bersikap sebagai pembangkang.

“Mereka harus bertindak sebagai kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jika itu masalah yang sedang dihadapi oleh para peniaga yang sepatutnya menuntut bayaran semula GST,” katanya.

Semalam, Guan Eng ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2018 dalam sidang Dewan Rakyat mendakwa sebanyak RM18 bilion bayaran pengembalian GST telah hilang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini